Monday 13 January 2014

20 Gambar Bersejarah Yang Sempat Dirakam Semasa Kejadian!

(20 Gambar) Gambar2 di bawah diambil pada saat berlakunya sesuatu peristiwa yg BENAR (bukan lakonan semula), dipanggil Historical Moments (detik2 bersejarah). Mungkin ada sesuatu yg boleh kita pelajari dari gambar-gambar historical di bawah. Jom lihat disini.



1.



Pakcik ni adalah veteran Perang Dunia II dari Belarus, bernama Konstantin Pronin, usia 86 tahun. Dia tengah duduk di sebuah bangku kerana dia menunggu rakan-rakannya di Taman Gorky semasa perayaan Hari Kemenangan di Moscow, Rusia, pada Isnin 9 Mei, 2011. Konstantin datang ke tempat ni setiap tahun bersama kawan2nya. Tapi tahun ini cuma dia seorang jer dari unitnya yg muncul di situ (yg lain2 mungkin dah meninggal dunia).


2.
 100 galaksi yg dilihat melalui Hubble Deep Field (HDF), sebagaimana ia kelihatan 10 bilion tahun yang lalu.


3.



Gambar matahari terbenam di Marikh, yang diambil pada tahun 2005 oleh Spirit Rover.


4.


Gambar seorang tentera yg sedang berjalan kaki untuk mematikan sebiji bom kereta di Ireland Utara. Tak tau nasibnya selamat atau tidak...


5. 


Neil Armstrong selepas melakukan Moonwalk.


6.

Ini diambil saat-saat selepas pelarian Yahudi menyedari mereka bukannya nak dihantar ke kem-kem tahanan, tapi sebaliknya diselamatkan.


7.

Kesian lelaki yg tidur kat jalan tu. Dia adalah salah seorang dari beribu-ribu orang yg takde rumah kat US sana. Perempuan2 dalam kedai yg sdg melambai tu rasanya tak tahu yg jurugambar sebenarnya nak ambil gambar lelaki homeless tu, bukannya gambar mereka.


8.

Perhimpunan Nazi di Nuremberg tahun 1937.


9.

Foto ni diambil oleh angkasawan Michael Collins yg berada di angkasa lepas pada waktu itu. Beliau mengembara dengan Buzz Aldrin dan Neil Armstrong dan mengorbit bulan, dan mendarat untuk mengkaji permukaan bulan.


10.

Seorang lelaki Lithuania yg dalam keadaan terkejut selepas melanggar dan membunuh seorang kanak2 berusia 8 tahun dengan tidak sengaja.


11.
Pegawai Turki mempermainkan anak-anak Armenia yg sdg kelaparan, dengan menunjukkan kepada mereka sekeping roti, sewaktu Armenia genocide pada tahun 1915.


12.
 
Seorang ahli politik Filipina telah mengambil gambar ini sejurus sebelum mereka diserang.


13.

Dua jurutera meninggal dunia ketika kincir angin di mana mereka sdg bekerja, terbakar. Ini mungkin gambar terakhir yang diambil sewaktu mereka masih hidup. Gambar diambil pada 29 Oktober 2013 di Belanda.


14.
 
Seorang sami berdoa untuk seorang lelaki yg mati di dalam dewan Stesen Keretapi Taiyuan Shanxi, China. Lelaki itu meninggal dunia secara tiba-tiba atas sebab semula jadi sementara menunggu keretapi.


15.
 
Seorang gadis kelihatan sangat kesal dan kecewa selepas tragedi Tsunami di Jepun pada 2011.


16.

Tanah pasir oren Sossusvlei di Namibia.


17.

Seorang budak lelaki cuba membangunkan ayahnya yg mabuk.

18.

"Orang Yahudi terakhir dalam Vinnitsa" - Ahli Einsatzgruppe D (Kumpulan Nazi SS Skuad kematian) sedang menunggu untuk menembak seorang lelaki Yahudi terakhir, yg sdg melutut di hadapan kubur yg diisi dengan mayat besar-besaran, di Vinnitsa, Ukraine, pada tahun 1941. Semua 28,000 orang Yahudi dari Vinnitsa dan kawasan sekitarnya telah dibunuh.


19.
 
Seorang lelaki sdg menghubungi talian Hotline Bunuh Diri (Suicide) Golden Gate Bridge (jambatan ni memang femes sebagai lokasi utk orang bunuh diri dengan terjun ke bawah).


20.

Gambar awan2 yg beralun.

Tuesday 30 July 2013

10 Manusia Yang Rupa Mereka Mirip Watak Kartun

 Carl Fredricksen, Up:


 Alfredo Linguini, Disney Pixar's Ratatouille:


 Eric Cartman, South Park.:


 Peter Griffin, Family Guy.:


 Dora The Explorer:


 Popeye:


 Mario Bros:


 BEAVIS:


 Meg, Family Guy:


 Ned Flanders, The Simpsons:


 Real-Life Cinderella Story:

Sumber : Portal Cetera

Saturday 14 May 2011

Maggie Goreng Mamak

    Assalam semua . Sebut tentang Maggie Goreng ni , aku pasti masakan mamak yang cukup menyelerakan kerana aku pun tak tahu rempah ratus apa yang mereka gunakan . Kebanyakkan semua kedai Mamak yang mempunyai goreng-gorengan ni pasti sedap-sedap . Cuma yang kurang nasi goreng diorang je down sedikit .


      

    Yang aku pilih diantara maggie goreng mamak yang terbaik di penang adalah , Nasi Kandar Pelita , Nasi Kandar Makbul dan Kayu Nasi kandar . 3 ni je yang menyediakan Maggie goreng yang paling hangat di pasaran :p .Kedai-kedai lain ada jugak tapi bagi aku tak boleh lawan maggie goreng depa la ^_^ .

 



   Yang pastinya Maggie Goreng Mamak ini mudah didapati di penang la . Kesimpulannya , banyak makanan menarik di penang . Jadi tunggu apa lagi , mai la kita melancong sambil menikmati hidangan-hidangan yang menyelerakan ini ^_^ .


Satay Ayam Satay Daging | LIKE

  
  


    Bila tengok gambar satay kat atas ni , teringat kat kampung saya . Mak teh saya dan Mak cik saya seorang peniaga Satay , wow satay . Saya paling suka makan satay ayam . Memang kegemaran la . Isi lembut sangat . Lepas tu cicah dengan kuah kacang . Perghh , tak tahan .

 

  Kat Penang susah sikit nak cari satay murah ni . Satay sekarang rm0.45 satu cucuk dan isinya entah apa-apa punya kedekut . Yang harga boleh tahan pon kat balik pulau je dan saya lupa nama kedai tersebut . Sedikit kempunan tapi alhamdulillah semalam saya dah makan free kat hotel sebab ada function sediakan juadah satay ayam dan satay daging . Jadi apa lagi puaslah makan kan ^_^ .

   Kalaulah balik kampung kat negeri sembilan semula pasti saya akan cari satay panas dan kuah kacang mak teh saya . Kegemaran gila . Makanan tradisi kampung saya tu . hakhak . ^_^ .

Char Kuey Tiaw Penang

 

    Assalam . Saya masih teringatkan cerita Sani Char Kuey Tiaw ni , dengar kata dah tukar nama ke Aroma Char Kuey Tiaw ? entah le betul ke tidak . Sani Char Kuey Tiaw ni ada di Penang . Berdekatan sg.dua . Nak tahu tempat kat mana ?

 


   Char Kuey Tiaw ni sedap kalau masak panas-panas , ditambah dengan telur , kerang dan udang kan . Perghh , terangkat beb . Dulu saya pernah makan sepinggan Sani Char Kuey Tiaw ni , Sedap gila . Rasa tak puas makan tapi masa tu makan dengan bos , jadi nak sopan-sopan sikit la . Kan dah rugi .


   Char Kuey Tiaw ni kalau korang nak tahu senang dicari kat Penang ni , Pergi Pasar Malam confirm banyak penjaja Char Kuey Tiaw , Pergi kat jalan sana-sini confirm ada kedai Char Kuey Tiaw . Saya paling suka adalah Char Kuey Tiaw Goreng Basah . Mak ai kuahnya , perghh best la . Tak dapat bayangkan .

 


  Char Kuey Tiaw kat penang pinggan kecik berharga RM3.00 macam tu , pinggan besar berharga RM4.00 lebih kurang la . Kedai Sani Char Kuey Tiaw tu kalau kawasan Pulau saya dah lupa kat mana la . Huhu , sebab tu tak tahu asal usul dia sedikit . Tapi memang rekemen , Char Kuey Tiaw dia . perghhh best sangat la ^_^ . 




Nasi Kandar Line Clear

   Assalam . Walaupun saya tinggal di pulau pinang , saya tak nafikan bahawa saya hanya selalu singgah sahaja Nasi Kandar Line Clear ni dan pernah makan dalam 5 kali selama 14 tahun menetap di pulau pinang . Dalam 5 kali tu nasi kandar line clear tak pernah mengecewakan saya . Fuh masakan karinya , menjadi penyedap lidah saya untuk terus menuap nasi .


   

   Kedai ini juga saya tak nafikan nasi kandar mereka begitu murah , Kalau tak percaya ayuh cuba sendiri . Aswad (Xcess) adalah artis yang kerap di kedai ini untuk menjamah hidangan nasi kandar  dan ramai lagi artis-artis yang menyinggah untuk santapan hari . Kalau tak terbaik maka tak ramai orang datang makan disini .
 


   Ramuan rempah ratus dikatakan turun temurun dari nenek moyang mereka disini . Lokasinya berdekatan dengan Chowrasta Market , Mydin Hypermarket dan Ibu Pejabat Kontijen Polis . Betul betul dekat dengan chulia street dan panggung wayang tamil .

 
   

  Lebih senang nak sebut Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang la ^_^ .


Selamat Datang ke Belog Kari Penyedap

   Selamat datang saya ucapkan kepada peminat-peminat kari ni . Blog ini bertemakan masakan-masakan dan tour di kedai makan kegemaran . InsyaAllah ingat satu malaysia punya kedai makan saya nak survey dan promote di blog ini untuk kesedapan korang merasa juga . 


  Entry pertama ini diwujudkan dengan ucapan Alhamdulillah , ^_^

 Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di kari.penyedap@abdulfarique.com ya . Sekian .