Saturday, 14 May 2011

Nasi Kandar Line Clear

   Assalam . Walaupun saya tinggal di pulau pinang , saya tak nafikan bahawa saya hanya selalu singgah sahaja Nasi Kandar Line Clear ni dan pernah makan dalam 5 kali selama 14 tahun menetap di pulau pinang . Dalam 5 kali tu nasi kandar line clear tak pernah mengecewakan saya . Fuh masakan karinya , menjadi penyedap lidah saya untuk terus menuap nasi .


   

   Kedai ini juga saya tak nafikan nasi kandar mereka begitu murah , Kalau tak percaya ayuh cuba sendiri . Aswad (Xcess) adalah artis yang kerap di kedai ini untuk menjamah hidangan nasi kandar  dan ramai lagi artis-artis yang menyinggah untuk santapan hari . Kalau tak terbaik maka tak ramai orang datang makan disini .
 


   Ramuan rempah ratus dikatakan turun temurun dari nenek moyang mereka disini . Lokasinya berdekatan dengan Chowrasta Market , Mydin Hypermarket dan Ibu Pejabat Kontijen Polis . Betul betul dekat dengan chulia street dan panggung wayang tamil .

 
   

  Lebih senang nak sebut Nasi Kandar Line Clear di Jalan Penang la ^_^ .


1 comment: